5 Pilihan Material Kabinet Dapur Yang Berbaloi & Produktif

Kitchen Cabinet Petua

5 Pilihan Material Kabinet Dapur Yang Berbaloi & Produktif

Ramai pemilik rumah mahukan dapur yang cantik dan sempurna. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan berbeza dari segi gaya dan kegunaan. Tetapi banyak perkara penting yang perlu dipertimbangkan dahulu seperti kos, ketahanan, kemasan dan jangka hayat.
Disini kami senaraikan beberapa material yang biasa digunakan dalam pembuatan kabinet dapur. 

MELAMINE / ABS MELAMINE

  • Melamine adalah sejenis bahan yang digabungkan dengan formaldehyde untuk menghasilkan resin melamine iaitu sejenis plastik yang tidak boleh diubah dan tahan lama.
  • Ianya banyak digunakan dalam lapisan perhiasan tekanan tinggi seperti formica,peralatan makanan melamine, laminate flooring dan juga papan hitam.
  • Permukaan melamine tahan kepada air dan susah untuk calar.
  • Oleh itu,permukaan kabinet senang untuk dicuci jika terdapat tumpahan atau sisa makanan padanya.
  • Bagi produk kubiq, kemasan melamine ini lebih kepada corak bertemakan alur kayu.

UVG / UV GLOSS

  • Permukaan kayu disalut dengan menggunakan cat uv untuk melindungi permukaan bahan.
  • Setelah dicat dengan cat uv, ianya akan dipangil sebagai uv board.
  • Kelebihan uv gloss adalah,ia mempunyai pelbagai pilihan warna.
  • Bahkan, permukaan uv gloss tahan kelembapan dan juga air.
  • Uv gloss merupakan bahan yang tidak bertoksik dan juga tidak berubah.
  • Sangat sesuai untuk dipakai sebagai barang perhiasan atau perabot dalaman.
  • Namun begitu, kekuatan permukaan uv gloss tidak setanding dengan acrylic yang mana lebih senang calar.

ACRYLIC

  • Acrylic merupakan  ‘transparent thermoplastic’ / thermoplastik lut sinar dengan kekuatan yang luar biasa.
  • Bahkan, bahan ini juga mempamerkan sifatnya yang menyerupai kaca.
  • Permukaan acrylic kelihatan lebih menarik disamping mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga corak.
  • Oleh kerana sifatnya yang kuat, bahagian permukaan tidak mudah mengalami kerosakan ataupun tidak mudah calar.
  • Bahkan ianya senang dicuci apabila terdapat sisa tumpahan makanan seperti minyak dan lain-lain.
  • Warna tidak akan tukar kekuningan  selepas beberapa tahun kecuali warna putih kerana ia mengikut persekitaran

3G GLASS

  • 3g glass door adalah bahan kaca yang disembur kemudian disokong dengan papan dibahagian belakang. Ini akan menyebabkan pintu lebih lasak dan bebannya berat berbanding pintu acrylic.
  • Pemukaan lebih berkilat berbanding acrylic kerana diperbuat daripada kaca.
  • Ianya datang sekali dengan frame aluminium dan juga built in handle.
  • Tidak mudah calar.
 

4G GLASS

  • 4g glass door adalah pintu 3g yang ditambah baik.
  • Aluminium frame tersorok dan bahagian belakangnya disokong dengan aluminium frame dan kaca (bukan kayu).
  • Memberikan efek cermin yang lebih.
  • Datang dalam pelbagai warna dan tidak mudah calar.
  • Harga lebih mahal dari acrylic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *