Kenapa Tuan Rumah Suka Tanya Harga Sekaki Berapa?

Petua Plaster Ceiling

Kenapa Tuan Rumah Suka Tanya Harga Sekaki Berapa?

Selalunya, apabila tuan rumah survey siling kapur soalan yang kerap ditanya mesti harga sekaki berapa?. Kenapa kita selalu tekankan harga sekaki berapa sedangkan kita tak tahu pun apa yang akan kita dapat (kualiti barang dan hasil kerja). 

Mari kita fahamkan cara pengiraan siling kapur. Untuk mengira harga siling kapur ianya bergantung kepada:

  1. Luas (sqft/m2)
  2. Saiz besi
  3. Design Siling Kapur

Sebagai contoh, jika tuan rumah hendak membuat plain board dan luas kawasan yang hendak dibuat melebihi 250 sqft, maka kiraan kaki persegi akan digunakan. 

Tetapi jika luas kawasan plain board yang hendak dibuat kurang daripada 250 sqft maka kiraan secara lump sum akan digunakan untuk setiap ruangan.

Kos pengangkutan, kos pekerja dan kos barang yang tinggi menyebabkan ianya tidak masuk akal untuk menggunakan kiraan kaki persegi.

Kiraan kaki persegi tidak tepat untuk projek kecil. Jika projek melibatkan pembanggunan atau perumahan yang baru, barulah kiraan kaki persegi digunakan.

Gambar rajah dibawah pula menunjukkan kiraan pada pelan asal dan pelan site.

cara pengiraan berdasarkan pelan asal
cara pengiraan berdasarkan pelan site
Situasi sebenar dalam membuat siling kapur adalah dengan mengukur lokasi tapak. Namun ramai yang mengambil ukuran pada pelan asaluntuk menampung kerugian yang mereka alami. 
 
proses pemasangan tulang besi

Selain itu, jarak dan susunan tulang besi murupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan siling kapur mendapat sokongan yang baik. Kebiasaannya, jarak susunan tulang besi adalah 18″x28″.  

struktur tulang besi
Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat dalam pasaran yang menggunakan jarak yang lebih jauh dengan ukuran 24″x36″. Semakin jauh jarak tulang besi, semakin lemahlah sokongan antara tulang besi dan siling kapur
 
Bila tulang besi terlalu jauhsokongan antara tulang besi dan siling kapur semakin lemah dan ini akan menyebabkan papan siling kapur senang lendut.Macam video dekat atas, kontraktor baru tarik sikit je papan terus tercabut.
Sebab tu, kalau ada kontraktor yang menawarkan harga siling kapur yang terlampau murah dari  harga pasaran semasa, kami sarankan anda lari jauh-jauh sebelum dikenakan cas tersembuyi. 

Paling parah jika duit deposit dah dibayar tetapi kerja tak siap dan tergantung separuh jalan. Kos untuk memanggil kontraktor lain untuk menyiapkan kerja separuh jalan amatlah mahal.

Oleh itu, sebelum kita bertanya harga sekaki berapa. Pastikan kita tahu dulu kualiti  barang yang digunakan dan hasil kerja mereka. 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *