Undermount vs Topmount Sink

Kitchen Cabinet Petua

Undermount vs Topmount Sink

Sinki berfungsi sebagai tempat tadahan air semasa mencuci tangan dan juga peralatan dapur. Terdapat beberapa jenis model yang dijual di pasaran antaranya ialah "topmount sink" dan "undermount sink". Anda disarankan untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum membeli. Ini kerana setiap sinki mempunyai perbezaan dari segi cara pemasangan.


Topmount Sink

Topmount : Cara pemasangannya adalah dari atas "table top".

Kelebihan
  • Pemasangan dan penyelenggaraan lebih mudah berbanding "undermount sink".
  • Sesuai untuk semua jenis "table top".
  • Bahagian tepi "table top" kelihatan lebih kemas.

Kekurangan 

  • Sisa makanan berpotensi untuk melekat dan tersangkut pada bahagian silikon yang digunakan sebagai alat pemasangan sinki. Ia akan menyebabkan pertumbuhan  kulat dan bakteria yang akan menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.

Undermount Sink

Undermount : Cara pemasangannya adalah dari bawah "table top".

Selepas pemasangan "Table Top"

Pemasangan "table top" yang dilebihkan disekeliling sinki bertujuan untuk melindungi silikon daripada kelihatan.

Sebelum pemasangan "Table Top"

Selepas pemasangan "Table Top"

Kelebihan 

  • Kerja-kerja pembersihan "table top" akan menjadi lebih mudah kerana sisa makanan dan tumpahan boleh terus disapu masuk kedalam sinki tanpa sebarang halangan.
  • Pemasangan "table top" yang dilebihkan disekeliling sinki bertujuan untuk melindungi silikon daripada kelihatan.

Kekurangan 

  • Pemasangan yang teliti harus dilakukan kerana ia melibatkan kerja yang rumit dan akan merugikan seandainya kerja pembaikan atau penggantian semula terpaksa dilakukan.
  • Pertukaran sinki yang baru hendaklah bersesuaian mengikut ukuran lubang "table top" yang telah dipotong.

Pertumbuhan kulat dan bakteria pada permukaan silikon

Walaupun terdapat "silicon anti-fungus" dipasaran, kulat dan bakteria masih akan melekat pada permukaan silikon disebabkan oleh bahan pencuci yang digunakan. Keadaan ini akan menyebabkan kesan kotoran hitam muncul dan tidak enak untuk dipandang.


Bolehkah pemasangan "topmount sink" menggunakan kaedah pemasangan "undermount sink"?

"Topmount sink" yang dipasang menggunakan kaedah undermount

Sesetengah  "topmount sink"  boleh dipasang menggunakan kaedah pemasangan "undermount sink" selagi mana proses pemasangan pada bahagian bibir sinki tidak mengalami sebarang kesukaran. Hal ini bertujuan untuk, memastikan daya tampungan sinki lebih kuat. Sesetengah bibir "topmount sink" mempunyai permukaan yang tidak rata dan akan menyebabkan kesukaran sewaktu proses menutup ronga sinki dengan silikon dilakukan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *